Tangisan bayi
Tangisan bayi

Tangisan bayi

Tangisan bayi atau tangisan infan ialah tindak balas kepada seorang bayi terhadap rangsangan dalaman atau luaran. Bayi yang menangis merupakan satu bentuk komunikasi kenalurian yang asas.[2] Dasarnya, seorang bayi sedang beralih kehidupan dari dalam rahim seorang ibu kepada persekitaran luaran.[3] Sekiranya tangisan bayi itu berlebihan, ia dikenali sebagai rungutan bayi atau kolik (colic) namun, rungutan juga mungkin bukan punca tangisan yang berlebihan.[4][5] Sehingga 27% ibu bapa telah menerangkan masalah tangisan bayi dalam empat bulan yang pertama. Manakala 38% pula telah mengecam masalah bayi mereka yang menangis dalam tahun pertama. Jumlah dan kekerapan masa bayi menangis, hiburan terhadap bayi serta corak tidur bayi yang terganggu amat membimbangkan dan merisaukan bagi sesetengah kalangan ibu bapa.[6][6]

Tangisan bayi

Kaedah diagnosis Laporan oleh penjaga dan diagnosis pembezaan
Permulaan biasa Selama lahir
Gejala Menangis selama tiga jam atau lebih setiap 24 jam[1]
Prognosis Kelewatan perkembangan kelak
Tempoh Bergantung
Pengkhususan Pediatrik
Kerumitan Kurang tidur bersama ibu bapa
Diagnosis pembezaan Rungutan bayi (kolik)